Havertz ke Chelsea? Mengarutlah -- Voller

Ammar Hakim
Ogos 25, 2020 02:29 MYT
Pengarah sukan, Bayern Leverkusen, Rudi Voller, menafikan dakwaan persetujuan antara Chelsea untuk Kai Havertz sudah hampir selesai adalah 'mengarut'.
Chelsea telah kuat dikaitkan dengan pemain kebangsaan Jerman, Havertz, sejak beberapa bulan yang lalu, ketika kelab untuk dalam usaha untuk menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Terdapat laporan media semalam mendakwa kedua-dua kelab telah menghampiri persetujuan yuran perpindahan yang mencecah EURO100 juta.
Tetapi Voller berkeras menjelaskan tiada persetujuan yang telah dicapai, dengan berkata, "Ini adalah mengarut."

?? pic.twitter.com/PQVrvnTral

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) August 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika Havertz menyertai Chelsea, dia akan mengikut jejak langkah Hakim Ziyech dan rakan senegaranya, Timo Werner bersama The Blues musim depan.
Chelsea tidak dapat menandatangani pemain ketika jendela perpindahan sebelum musim 2019-20 bermula kerana melanggar peraturan melibatkan menandatangani pemain-pemain muda.
Ben Chilwell, Thiago Silva dan Sergio Reguilon turut kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge.