Havertz bakal sertai 'kelab bertaraf dunia' -- Voller

Ammar Hakim
Jun 4, 2020 03:32 MYT
Kai Havertz akan menyertai 'kelab bertaraf dunia' pada masa akan datang tetapi Rudi Voller berharap dapat mengekalkannya di Bayer Leverkusen setahun lagi.
Penyerang Leverkusen, Havertz, telah banyak dikaitkan dengan Bayern Munich, Manchester United, Liverpool dan Real Madrid tetapi ketua jurulatih, Peter Bosz, mengatakan Mac lalu perpindahan pemain itu bakal menelan belanja sekurang-kurangnya EURO100 juta.
Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 17 gol Bundesliga pada 2018-19 dan musim ini telah mencatatkan 11 gol dan memberikan lima bantuan jaringan dalam 26 penampilan.
Pengarah Urusan Sukan Leverkusen, Voller, mengakui hanya menunggu masa sehingga Havertz meninggalkan BayArena untuk kelab yang lebih besar.
Namun, beliau berharap dapat meyakinkan pemain antarabangsa Jerman itu yang diminta untuk kekal sekurang-kurangnya satu lagi musim.
"Dia berasa selesa, dia masih mempunyai kontrak hingga 2022, tetapi kami mengetahui bahawa Kai akhirnya akan berpindah ke kelab bertaraf dunia," kata Voller kepada Sky Sports.
"Tetapi dia masih ada di sini, dan saya masih mempunyai harapan dapat mengekalkannya selama setahun lagi."

13 - Since the start of 2020, no player has been directly involved in more goals than Bayer Leverkusen's Kai Havertz within the top five European leagues (nine goals and four assists). Eruption. pic.twitter.com/HLCzJAUmPU

— OptaJoe (@OptaJoe) May 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leverkusen menduduki tempat kelima di Bundesliga dengan berbaki lima perlawanan, mereka kini di luar slot Liga Juara-Juara (UCL) dengan perbezaan gol, sementara mereka mendahului 3-1 ke atas Rangers setelah tamat satu perlawanan pusingan 16 Liga Liga Europa.
Pasukan kendalian Bosz berdepan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich Sabtu ini.
#Bayer Leverkusen #Bundesliga #Rudi Voller #Kai Havertz