Mohamed Salah mengekalkan rentak cemerlang dengan hatrik dan Paul Pogba diarah keluar padang ketika Liverpool melakar kemenangan ke atas Manchester United 5-0 di Old Trafford.

Liverpool mengaibkan musuh tradisi mereka itu sekaligus menambah tekanan buat pengendali Red Devils Solskjaer, dengan Jurgen Klopp meraikan kemenangan ke-200 sebagai pengurus kelab Merseyside itu dengan penuh bergaya.

United ditinggalkan empat jaringan dalam separuh masa pertama, The Reds tidak berdepan kesukaran mencari ruang menembusi gawang menerusi Naby Keita dan Diogo Jota sebelum Salah meledak dua gol.

Salah melengkapkan hatrik dalam separuh masa kedua, merekodkan gol yang ke-15 musim ini, sebelum pemain gantian Pogba dilayangkan kad merah atas terjahan terhadap Keita.

Salah kini telah mejaringkan 10 kali berturut-turut dan Liverpool tidak tewas dalam 21 perlawanan, manakala United terpaksa meratapi kekalahan terburuk di tempat sendiri.