Hatrik Ronaldo bantu Real julang Piala Dunia Kelab

Nicholas McGee
Disember 18, 2016 15:45 MYT

KASHIMA ANTLERS 2 REAL MADRID 4

Jaringan hatrik Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid mencipta kemenangan 4-2 ke atas Kashima Antlers dalam aksi final Piala Dunia Kelab FIFA 2016 (FIFA CWC 2016) di Yokohama semalam.
Kelab dari Jepun itu melakukan kejutan apabila mendahului perlawanan menerusi dua gol daripada Gaku Shibasaki untuk menidakkan gol pendahuluan Karim Benzema.
Jaringan Ronaldo menerusi sepakan penalti mengheret perlawanan ke masa tambahan, dan pemenang Ballon d'Or 2016 itu membuktikan kebolehannya apabila meledak dua lagi gol untuk memastikan skuad kendalian Zinedine Zidane menjulang piala ketiga untuk tahun ini.
"Kami perlu bekerja keras dan usaha kami telah membuahkan hasil. Kami menamatkan tahun dengan cara yang paling terbaik," jelas Ronaldo kepada TVE.
"Ia merupakan minggu yang sangat menakjubkan untuk saya, anugerah Ballon d'Or dan takhta Piala Dunia Kelab, ini merupakan tahun yang sangat berjaya buat saya.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, tanpa mereka, Cristiano tidak akan dapat memenangi piala individu ini.
"Sukar untuk saya membuat pilihan, tetapi memenangi Euro 2016 sangat istimewa kerana ia merupakan kali pertama saya memenanginya."

5 - Real Madrid are the team in the world have won more Club World Cup (including Intercontinental Cup), five. Authority

— OptaJose (@OptaJose) December 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

3 - Cristiano is the first player has scored a hat trick in the final of Club WC and he is joint-top scorer in Club WC history (5). Colossal

— OptaJose (@OptaJose) December 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.