SEVILLA 2 BARCELONA 4

Lionel Messi memberi amaran kepada Barcelona bahawa perlumbaan merebut trofi LaLiga belum berakhir selepas melakar hatriknya yang ke-50 ketika mencetuskan kemenangan 4-2 di Sevilla, awal pagi tadi.


The Catalans dua kali ketinggalan dalam aksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan itu hasil jaringan Jesus Navas dan Gabriel Mercado, namun Messi kembali meletakkan mereka mendahului 3-2 sebelum mencipta gerakan untuk gol keempat yang diledak Luis Suarez.

Ia adalah kali ke-44 Messi menyumbat tiga gol dalam satu perlawanan untuk Barca dan secara keseluruhannya yang ke-50 sementara keputusan itu memastikan skuad bimbingan Ernesto Valverde berkenaan memiliki kelebihan 10 mata di persada liga setelah beraksi lebih satu perlawanan berbanding pasukan di tempat kedua, Atletico Madrid.

Bagaimanapun, bintang Argentina tersebut belum mahu percaya Atleti atau Real Madrid sudah mengangkat bendera putih dalam perlumbaan merebut gelaran itu.

"Tidak, kerana perjalanan kami masih panjang," katanya kepada beIN SPORTS. "Tetapi adalah amat penting untuk menang kerana kemenangan di sini begitu bermakna dan membolehkan kami menjarakkan kedudukan dengan seteru.

"Kini, kami perlu bertindak lebih bijak. Ia akan menjadi semakin sukar untuk menang, jadi kami pulang dengan gembiranya.

"Kami sedar dengan aura keramat gelanggang ini dan kemampuan pemain mereka. Ia adalah perlawanan yang sukar untuk kami tetapi kami masih mampu bergerak ke hadapan.

"Anda tidak boleh sentiasa beraksi di tahap yang hebat. Kami tetap menang biarpun tidak mempamerkan aksi terbaik.

"Aksi terbaik kami akan hadir dengan sendirinya sebaik aksi sebenar bermula. Kami beraksi dengan hebat dan jaringan pun menyusul+."

Barca sudah bersedia untuk menentang Madrid di Santiago Bernabeu dalam pertemuan kedua Copa del Rey Khamis depan, kemudiannya melanjutkan pertembungan itu dalam saingan LaLiga, hujung minggu depan.

"Semuanya penting, kami sudahkan katakan dari awal lagi, kami selangkah lagi untuk mara ke final Copa del Rey dan kami perlu berjuang habis-habisan," kata Messi.

"Ia akan menjadi sangat sukar kerana pertemuan ini akan berlangsung di Madrid tetapi kami perlu ke sana dengan misi untuk menang, kami yakin kami boleh menang di Madrid."