Hatrik Gnabry buat Bayern selesa di puncak Bundesliga

Ammar Hakim
Disember 15, 2021 02:13 MYT
Serge Gnabry menjaringkan hatrik dan melakukan dua assist buat Robert Lewandowski ketika Bayern Munich kini berkelebihan sembilan mata di puncak Bundesliga ketika mengatasi Stuttgart 5-0.
Gnabry, yang melakukan penampilan dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak sebulan yang lalu, membuka jaringan dalam separuh masa pertama sebelum menggandakan kelebihan juara bertahan itu di Mercedes-Benz Arena awal pagi tadi.
Gnabry yang beraksi cemerlang itu kemudian melakukan lorongan dua kali buat Lewandowski dan melengkapkan hatrik dalam aksi ke-200 Julian Nagelsmann selaku pengurus dalam aksi Bundesliga.
Bayern kehilangan khidmat Kingsley Coman ekoran kecederaan hamstring, namun selesa merekodkan kemenangan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan.

⚽⚽⚽?️?️ Just the casual 5️⃣ goal involvements for @SergeGnabry tonight ? ?⚪ #VfBFCB 0-5 pic.twitter.com/3haaTtPgwO

— FC Bayern English (@FCBayernEN) December 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.