Hasrat MUFT buru kemenangan moral tidak kesampaian

Penulis Jemputan
November 16, 2018 15:12 MYT
Momentum kemenangan skuad bola sepak Universiti Malaysia (MUFT) yang dalam persiapan menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) direntap pasukan Konfederasi Universiti Korea (KUFC) apabila kedua dua pasukan terikat 1-1 dalam di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebentar tadi.
Pertemuan pertama di Universiti Malaya (UM), kelmarin, menyaksikan Malaysia melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil Korea Selatan itu.
Dalam pertemuan sebentar tadi, jurulatih negara, Yazli Yahya, membuat beberapa pertukaran pemain.
Percaturan itu berhasil apabila Malaysia meledak seawal minit ke-12 menerusi rembatan kencang Mohd Amir Amiruddin.
KUFC kembali mengatur strategi dan usaha itu berhasil.
Pada minit ke-31, berpunca kekalutan yang berlaku dalam kawasan negara, Park Chea Hwa menanduk masuk untuk menjaringkan gol penyamaan.
Kedua-dua pasukan cuba meningkatkan intensiti permainan, namun tetap gagal menambah jaringan.