Penjaga gol England, Joe Hart, akan terus mengekalkan tempatnya berdepan Slovakia sementara Marcus Rashford dijangka bakal membarisi kesebelasan utama.

Pengendali, Gareth Southgate, mencadangkan Rashford, pemain gantian dalam kemenangna 4-0 ke atas Malta, Jumaat lalu, telah memberikan aksi berkesan bagi melayakkan dirinya membarisi kesebelasan utama.

Hart akan terus diberikan kepercayaan di gawang meskipun prestasinya dikritik.

Southgate memberitahu BBC Sport:"Tunjang utama pasukan ini akan terus dikekalkan. Joe akan kekal di gawang."

Berkenaan Rashford, yang menggantikan Raheem Sterling ketika kedudukan masih terikat 0-0 berdepan Malta, Southgate berkata: "Dia memiliki bakat dan potensi besar dan kami teruja dengan mentalitinya.

"Dia telah bermain dengan baik bersama Manchester United musim ini, jadi kami tidak akan teragak-agak untuk menurunkan dia.

"Saya berdepan dilema yang positif ketika ini kerana selain dia, saya juga memiliki Daniel Sturridge dan Jermain Defoe."

Southgate turut dijangka membariskan Eric Dier dalam pasukannya setelah selesai menjalani penggantungan di samping mengesahkan Phil Jones dan kapten, Jordan Henderson, akan turut membarisi kesebelasan utama.