Marek Hamsik dilepaskan daripada skuad Slovakia untuk menghadapi Piala Raja di Thailand selepas selesai mengeluarkan tonsilnya.

Ketua pasukan Napoli itu dijangka terbabit dalam perlawanan pembukaan menentang
Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Rajamangala, Bangkok hari ini, namun memutuskan untuk kekal di Itali bagi tujuan pemulihan.

Pemain berusia 30 tahun itu terlepas beberapa sesi latihan pada Januari lalu akibat tonsillitis sebelum memutuskan untuk melakukan pembedahan kecil, semalam.

"Marek Hamsik telah menjalani pembedahan di Klinik Ruesch oleh Profesor D'Angelo, yang merupakan pakar tonsil," kata kenyataan di laman sesawang Napoli.

"Pembedahan itu berjaya, Hamsik akan pulang ke rumah esok dan tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Slovakia."

Piala Raja juga menampilkan Gabon dan juara bertahan, Thailand, dengan perlawanan akhir akan berlangsung pada Ahad.