Haaland tidak terkejut jaringkan gol ke atas Schalke

Muzaffar Musa
Mei 17, 2020 05:26 MYT
Erling Haaland dengan penuh keyakinan berkata dia tidak terkejut untuk kembali menemui sentuhan jaringannya sebaik membantu Borussia Dortmund meraih kemenangan besar ke atas Schalke malam tadi
Pemain kebangsaan Norway berusia 19 tahun itu menjaringkan gol pembukaan ketika pasukannya meraih kemenangan 4-0 di Signal Iduna Park dalam perlawanan pertama selepas Bundesliga direhatkan selama dua bulan kerana pandemik koronavirus.
Raphael Guerreiro kemudian menghasilkan gol berganda sebelum Thorgan Hazard melengkapkan kemenangan Revierderby itu buat Dortmund.
Haaland berkata jaringannya yang ke-10 daripada sembilan penampilan Bundesliga itu sudah dijangka walaupun mengakui dia masih kurang pantas berbanding sebelum ini.
"Sudah pasti tidak sama. Saya tidak beraksi selama tujuh minggu, jadi sudah pasti tidak sama," katanya dalam laman web rasmi Bundesliga.
"Tetapi saya tahu saya sudah berusaha keras dalam tempoh ini dan saya tidak terkejut (dapat menjaringkan gol)."

Not quite the same, but not surprised to be scoring. ?️ #Haaland pic.twitter.com/LgqJTeWd05

— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) May 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Haaland dan Dortmund memanfaatkan aksi cemerlang Julian Brandt yang mendorong pencabar utama kejuaran itu untuk hanya ketinggalan satu mata di belakang Bayern Munich.
Pemain tengah menyerang itu terlibat dalam keempat-empat gol, yang kesemuanya diraikan dengan gaya yang jarang dapat disaksikan bagi menjaga penjarakan sosial.
"Anda perlu mencari cara untuk memanfaatkan situasi dan berseronok," kata Brandt.
"Apakah yang lebih baik untuk memulakan liga daripada kemenangan? Sudah pasti saya memilih jika keadaannya normal tetapi ia adalah seadanya.
"Ia bukan prestasi yang sempurna tetapi saya gembira selepas berehat panjang," katanya.
#Borussia Dortmund #Erling Haaland