Haaland tidak akan ke mana-mana -- Zorc

Ammar Hakim
Mei 17, 2021 04:27 MYT
Erling Haaland akan kekal sebagai pemain Borussia Dortmund musim depan, kata pengarah sukan kelab Jerman itu, Michael Zorc.
Kelab seperti Real Madrid, Barcelona dan finalis Liga Juara-Juara (UCL), Manchester City, telah dikaitkan dengan perpindahan penyerang Norway berusia 20 tahun itu.
Haaland berhijrah ke Dortmund dari Salzburg pada pertengahan musim 2019-20 dan telah meledak banyak gol buat kelab Bundesliga itu.
Dua jaringannya membantu Dortmund mengatasi RB Leipzig 4-1 dalam final DFB-Pokal di Berlin Khamis lalu, dan ketua BVB, Zorc, telah menegaskan bahawa dia tidak akan ke mana-mana dalam masa terdekat.
Haaland dilaporkan memiliki klausa yang membolehkannya pergi dengan harga yang ditetapkan iaitu EURO75 juta akhir musim depan, sementara kontraknya berlangsung hingga 2024.
"Kami masih memiliki perancangan dengannya. Dia akan bermain untuk kami musim depan," kata Zorc.
Haaland bukan antara gol dalam kemenangan Dortmund 3-1, tetapi membuat lorongan buat gol Julian Brandt untuk gol terakhir BVB.

Berling Haaland ? pic.twitter.com/0CCDq9dVSD

— DFB-POKAL CHAMPIONS 2021 (@BlackYellow) May 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Borussia Dortmund #Michael Zorc #Erling Haaland