Guardiola yakin City akan kembali temui sentuhan terbaik

Ammar Hakim
Oktober 26, 2020 00:17 MYT
Pep Guardiola boleh memahami sepenuhnya mengapa pemain-pemain Manchester City masih belum mencapai tahap terbaik dan yakin mereka akan kembali menemuinya.
City seri 1-1 dengan West Ham di Stadium London semalam untuk sekadar memungut lapan mata daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) -- bilangan mata terendah sejak musim 2014-15.
Skuad kendalian Guardiola gagal untuk menjaringkan gol lebih daripada satu dalam tiga perlawanan liga dan mereka lima mata di belakang Everton dan Liverpool.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Sepanyol itu tidak bimbang dengan kekurangan jaringan, ketiadaan pemain seperti Gabriel Jesus dan Sergio Aguero ekoran kecederaan merupakan punca di sebalik masalah yang dihadapi ketika ini.
"Kami telah menghasilkan peluang secukupnya tetapi memiliki dua penyerang yang berdepan kecederaaan dan Raheem [Sterling] kini bermain di posisi tersebut cuba untuk melakukannya dengan sebaik mungkin," kata Guardiola.
"Raheem telah melakukan tugas dengan cemerlang namun kami tidak memiliki alternatif lain.

A point on the road ? ? #ManCity | https://t.co/axa0klUGiM pic.twitter.com/KZLYm0YaHb

— Manchester City (@ManCity) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini tetapi perlu menghasilkan lebih banyak peluang. Hanya keputusan terakhir diperlukan lebih jelas.
"Namun saya memahami kerana pemain-pemain tidak memiliki tempoh rehat yang mencukupi. Itu sebab anda perlu lebih bersabar dan kami akan kembali ke tahap terbaik."