Guardiola puji Silva selepas raih kemenangan ke-150 di Manchester City

Muzaffar Musa
Disember 2, 2021 01:47 MYT
ASTON VILLA 1 MANCHESTER CITY 2
Pep Guardiola menganggap Bernardo Silva berada di tahap berbeza selepas pemain tengah Manchester City itu membantu pengurus berkenaan meraih kemenangan ke-150 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Guardiola menjadi pengurus keempat mencapai 150 kemenangan dalam liga divisyen utama itu sebaik pasukannya menewaskan Aston Villa 2-1 di Villa Park.
Dengan melakukannya dalam 204 perlawanan, Guardiola mengatasi rekod Alex Ferguson, yang merekodkan jumlah kemenangan sama dalam 247 perlawanan.
Ruben Dias membuka jaringan buat City pada minit ke-27 sebelum Silva meledakkan golnya yang keempat daripada tujuh perlawanan liga terakhir.
Ollie Watkins kemudian merapatkan jurang buat Villa pada awal babak kedua tetapi City kental mempertahankan kelebihan mereka untuk kekal di kedudukan kedua EPL dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Chelsea.

150 - Pep Guardiola tonight earned his 150th Premier League win at Man City – only the fourth manager to reach this total for a club. After just 204 games, this beats Sir Alex Ferguson’s record at Man Utd, who celebrated his 150th win in his 247th match. Mastermind. pic.twitter.com/FAQvccT740

— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Guardiola, selepas perlawanan itu, memuji Silva, yang dianggapnya berada di kelas tersendiri dalam saingan EPL ketika ini.
"Dia menjaringkan gol yang hebat," kata Guardiola kepada Amazon Prime Video.
"Kami bergantung kepadanya. Apabila seseorang pemain memiliki kualiti seperti ini, ia akan bergantung kepada mereka. Dia seorang pemain di tahap yang berbeza."
Guardiola mengulangi sentimen itu dalam sidang media selepas perlawanan.
"Dia pemain terbaik. Dia pemain terbaik ketika kami meraih 98 mata dalam tiga musim lalu dan dia kini sama seperti waktu itu."
#bola sepak #Manchester City #Pep Guardiola #Aston Villa #Liga Perdana Inggeris #Berbardo Silva