Penyerang Manchester City, Leroy Sane telah digalakkan oleh pengurus pasukan, Pep Guardiola untuk bermain seperti bintang Barcelona Lionel Messi dan Neymar.

Sane kini telah berkembang menjadi pemain yang berpengaruh buat City sejak berhijrah dari Schalke tahun lepas, termasuk menjaringkan sembilan gol musim ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu berkata dia terhutang budi kepada Guardiola -- yang mengendalikan Messi di Barca – selepas pengendali kelahiran Sepanyol itu memberitahu kapada Sane sebelum bermain seperti bintang Argentina itu dan Neymar.

"Beliau banyak membantu saya kerana Guardiola mengenali gaya permainan Messi, cara dia berlatih," kata Sane.

Sane memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di City sehingga Disember sebelum meledak gol pertamanya, ketika berdepan Arsenal.

"Saya sangat muda dan mungkin belum bersedia untuk berdepan kelab-kelab gergasi seperti Arsenal.

"Ketakutan juga menggugat gaya permainan saya, kerana saya berada di pasukan yang baru, negara baru dan tidak mengenali liga ini.

"Tetapi Guardiola memberitahu kepada saya, 'bermain seperti kami beraksi di Schalke'.

"Ia telah membenarkan diri saya untuk memberikan yang terbaik.

City berdepan Arsenal Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala FA pada Ahad.