Guardiola mahu Messi kekal di Barcelona

Ammar Hakim
Julai 8, 2020 00:56 MYT
Pep Guardiola mengulangi keinginannya untuk menyaksikan Lionel Messi kekal di Barcelona.
Kontrak bintang Barca, Messi, bakal berakhir pada tahun 2021 dan terdapat spekulasi baru bahawa pemenang Ballon d'Or enam kali itu mungkin akan meninggalkan kelab itu, yang masih belum memenangi Liga Juara-Juara (UCL) sejak 2015.
Penyerang itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City untuk bermain di bawah bekas jurulatih Camp Nou, Guardiola.
Tetapi pengendali City itu enggan membincangkan perpindahan menjelang perlawanan tuan rumah Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok menentang Newcastle United.
Dia juga menegaskan pendiriannya mengenai Messi tidak berubah, sebelumnya menyatakan harapannya pemain Argentina itu kekal bersama Barca ketika disoal mengenai topik tersebut.
"Saya tidak akan bercakap mengenai perpindahan sehingga akhir musim," katanya. "Keinginan saya adalah agar Messi kekal di Barcelona."
Ketika ditanya apakah pertahanan baru dalam perancangannya, dia berkata, "Pada akhir musim. Kami masih mempunyai sasaran untuk diperjuangkan."

PEP ? What I want with @gabrieljesus9 is the way he played against Southampton. It was maybe one of his best performances of this season. We can use him in our process and in the box he is ready to do it. We need his goals, he knows it, for the team.

— Manchester City (@ManCity) July 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Guardiola menegaskan dia tidak tidak berpengaruh di mana aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Real Madrid akan dipertandingkan, dengan keputusan mengenai saingan itu akan diketahui minggu ini.
City mendahului 2-1 setelah menang di Santiago Bernabeu sebelum penangguhan saingan ekoran koronavirus dan laporan menunjukkan bahawa Guardiola telah melobi kepada UEFA supaya saingan dipertandingkan di Manchester dan bukannya tempat yang neutral.
"Saya tidak cukup kuat untuk memberi kesan mengenai perkara ini," katanya.
"Saya bukan presiden. Mereka mempunyai protokol. Saya tidak pernah bercakap dengan UEFA. Saya telah mengatakan berkali-kali bahawa kami mahu bermain di Manchester tetapi kami akan menerima di mana sahaja UEFA memutuskan untuk bermain.
"Apa yang saya mahukan adalah bermain melawan Madrid. Inilah yang saya mahukan tetapi saya tidak membuat panggilan telefon, saya tidak mempunyai kekuatan ini."