Guardiola kagum dengan kesabaran City benam Everton

Muzaffar Musa
Februari 18, 2021 00:54 MYT
Pep Guardiola memuji Manchester City kerana mempamerkan kesabaran dalam melakukan serangan ketika menewaskan Everton awal pagi tadi, sekali gus mengukukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 10 mata.
Percubaan Phil Foden yang terbias meletakkan City di depan dalam aksi di Goodison Park itu tetapi perlawanan berkenaan kembali seimbang sebelum separuh masa selepas Richarlison menyudahkan bola susulan percubaan awal Lucas Digne yang terkena tiang.
Everton, yang tewas kesemua lima pertemuan liga terakhir dengan City dan dibolosi sekurang-kurangnya dua gol dalam setiap pertemuan itu, kelihatan amat kukuh di bahagian pertahanan sebelum Bernardo Silva menghulurkan bola buat Riyad Mahrez untuk menjaringkan gol kedua pelawat.
Silva menjaringkan gol ketiga pasukannya pada 13 minit terakhir untuk City kini menjadi pasukan pertama dalam liga divisyen utama England memenangi 10 perlawanan pertama dalam satu kalendar tahunan.
Pengurus City, Guardiola, berasakan pendekatan tidak terburu-buru pasukannya ketika melakukan serangan dalam babak kedua menjadi kunci utama mereka dapat menewaskan skuad The Toffees itu, yang kini gagal menemui kemenangan dalam lima perlawanan liga berturut-turut di laman sendiri.
"Ia perlawanan yang benar-benar sukar, dalam musim sejuk dan pasukan mereka amat fizikal juga," katanya kepada Amazon Prime.
"Tetapi ia satu prestasi yang kukuh, Pasukan kami bermain dengan cara sepatutnya dan kami mendapatkan tiga mata.

10 - Manchester City are now 10 points clear at the top of the Premier League - the only two teams to fail to go on and win the title having had a lead of 10+ points are Newcastle United in 1995/96 and Manchester United in 1997/98. Cruising. pic.twitter.com/3ilRLBXtmZ

— OptaJoe (@OptaJoe) February 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mempunyai kualiiti di bahagian depan tetapi ia sentiasa tiba daripada hantaran. Apabila kami tiba di bahagian depan, kamu terlalu awal mahu menyerang, kami perlu bersabar, gol kedua kami adalah contoh seperti itu.
"Adakalanya tidak mengapa dan tiada masalah untuk melakukan lebih hantaran kerana pada akhirnya, kami perlu mencuba untuk meletakkan pemain di bahagian depan dalam keadaan yang lebih baik untuk mempamerkan aksi mereka," katanya.
#Manchester City #Pep Guardiola #Everton #Liga Perdana Inggeris