Pep Guardiola "lebih daripada gembira" dengan cara permainan Manchester City menjelang pertemuan dengan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam esok.

City tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu lalu, hanya berselang beberapa hari selepas menewaskan Chelsea 1-0 hujung minggu lalu.

Pasukan juara bertahan itu akan melonjak ke tangga teratas seandainya menewaskan Liverpool di Merseyside, di mana mereka menewaskan lawan itu 4-1 musim lalu untuk menamatkan kemarau kemenangan 17 perlawanan di laman The Reds.

Guardiola berasakan pasukannya, yang hanya tertinggal satu mata di belakang The Reds selepas enam perlawanan, berada dalam keadaan terbaik walaupun tewas di ibu kota Perancis itu pertengahan minggu ini.

Ditanya mengenai kepentingan mengekori rentak pendahulu liga itu, pengurus City itu berkata: " Saya tidak pernah berfikir menganinya.

"10 perlawnaan ini amat penting untuk tidak berada terlalu jauh dengan pendahulu liga. Pada tahun kami memenangi gelaran kedua secara berturut-turut (musim 2018-19), kami berada tujuh mata di belakang Liverpool pada Januari dan kami memenangi liga.

"Saya tidak akan mengambil langkah ke belakang dengan cara kami berfikir, hanya mahu meningkatkan daripada apa yang telah kami lakukan.

"Kami boleh menjadi lebih baik dalam beberapa bahagian. Secara umumnya, dengan pasukan yang saya ada, saya lebih daripada gembira dengan cara kami berkelakukan dan bermain.

"Kami berlawan dengan Chelsea sebagai satu pasukan yang hebat, pasukan sebenar. Inilah apa yang saya gemari. Kami mencuba melakukannya, ini adalah tugas saya."

Giuardiola menambah: "Saya akan melihat kedudukan liga selepas perlawanan ke-10 hingga ke-15. Kini, jika ketinggalan atau berkelebihan satu mata, ia tidak penting. Ia mengenai cara kami bermain."