Pep Guardiola berasakan Manchester City lupa untuk menyerang dalam separuh masa kedua ketika berdepan Basel apabila melihat pasukannya tewas buat kali pertama di laman sendiri sejak Disember 2016.

Walaupun tewas 2-1, City mara ke suku akhir buat kali kedua dalam sejarah kelab itu selepas meraih kemenangan 5-2 secara agregat.

Skuad kendalian Guardiola itu melakar rekod hantaran yang baru dalam kejohanan ini selepas melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama daripada aksi pertama dan gagal untuk menembusi pertahanan lawan di Stadium Etihad.

"Kami sangat gembira kerana layak ke suku akhir buat kali kedua untuk kelab ini," kata Guardiola.

"Separuh masa pertama kami bermain baik tetapi City lupa untuk menyerang dalam separuh masa kedua.

"Bukan mudah bermain dengan kelebihan jaringan 4-0. Kami telah menghasilkan lebih banyak percubaan ketika mendahului perlawanan 1-0.

"Dalam suku akhir, saingan ini akan menjadi lebih sukar. Kami perlu bersiap sedia," ujarnya.

Pemain berusia 17 tahun City, Phil Foden, diberikan kepercayan oleh Guardiola untuk tampil beraksi buat kali pertama dalam saingan UCL untuk bergandingan bersama Yaya Toure.