Guardiola belum pasti kecergasan Mendy

Penulis Jemputan
Mac 31, 2018 00:37 MYT
Benjamin Mendy dilihat telah mula menyertai sesi latihan bersama skuad utama Manchester City tetapi Pep Guardiola tidak pasti waktu sebenar dia akan kembali beraksi.
Mendy terpaksa berehat sejak September tahun lalu ketika menentang Crytal Palace selepas ditimpa kecederaan lutut kanan.
Ketiadaan pemain Perancis itu memaksa Guardiola menggunakan khidmat Fabian Delph, Danilo dan Oleksandr Zinchenko di posisi tersebut, namun mengakui ia bukan keputusan yang mudah.
Berada di luar padang, dia tetap menjadi pemain City yang sering diingati kerana penglibatannya dalam laman sosial dan dia dijangka kembali sebelum tamat musim ini tetapi Guardiola belum boleh memberikan waktu yang khusus.
“Saya tidak tahu bila dia akan kembali tetapi dia tampak semakin baik,” kata Guardiola.
“Terutama sekali dalam 10 hari terakhir ini, dia berlatih bersama kami. Ia melibatkan kecederaan panjang dan dia sudah menunjukkan perkembangan,” ujarnya.
Guardiola juga tidak mahu memberi sebarang komen tentang kemungkinan akan meraikan kejayaan menjuarai liga ketika pertemuan setempat menentang Manchester United.
“Saya tidak tahu. Saya tidak boleh mengesahkannya.”
#“Liga #“Manchester #Inggeris” #City” #“Pep #Guardiola” #“Benjamin #“Fabian #Delph” #Mendy”