Pemain pertahanan, Filipe Luis, menyatakan rakan sepasukannya, Antoine Griezmann, akan kekal bersama Atletico Madrid musim hadapan.

Griezmann terus dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan lain selepas mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak 23 gol dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsan Perancis itu memiliki kontrak sehingga pertengahan 2021 dan Luis percaya penyerang berbakat itu akan kekal di Atletico.

"Kami tidak memiliki apa untuk diperkatakan, semua pemain mahu Griezmann kekal bersama kami," katanya

"Prestasinya meningkatkan naik setiap minggu dan dia adalah seorang pemain yang bijak dan merupakan calon memenangi Anugerah Ballon d'Or."

Griezmann telah menjaringkan gol penyamaan dalam aksi 'derby' berdepan Real pada Sabtu dan bakal menjadi pemain berpengaruh untuk perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Leicester City.