Antoine Griezmann berkata dia tahu di mana dia bakal beraksi musim depan setelah dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga, Barcelona.

Griezmann bakal meninggalkan Atletico Madrid seleaps lima tahun dan pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dilaporkan bakal ke Barca.

Tatkala Griezmann, Atletico dan Barcelona masih belum mengesahkan sebarang perkara, pemain berusia 28 tahun itu tampak sudah membuat keputusan.

"Saya tahu di mana saya bakal beraksi musim depan," katanya yang turut dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United.

"Saya hanya boleh katakan ia bukan Miami."

Griezmann -- kini sedang dalam tugasan antarabangsa bersama Perancis -- menyertai Atletico daripada Real Sociedad pada 2014.

Sejak itu, dia telah menjulang trofi Liga Europa, Piala Super Eropah serta Piala Super Sepanyol di Madrid.

Griezmann menyumbat 15 gol ketika Atletico menamatkan musim 2018-19 di tangga kedua liga di belakang Barca dan meraih 21 jaringan dalam semua kejohanan.