Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann, melabel Lionel Messi sebagai 'legenda' selepas kapten itu sekali lagi mendominasi tajuk utama semalam.

Selepas butiran mengenai kontrak Mess didedahkan menerusi El Mundo, pemenang Ballon d'Or enam kali itu meledak satu lagi gol dalam saingan LaLiga untuk mengatasi Athletic Bilbao 2-1.

Messi membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-20, gol ke-650 buat Barca -- sebelum jaringan Jordi Alba menyamakan kedudukan sebelum Griezmann memastikan mata penuh diperoleh ketika perlawanan berbaki 16 minit.

Selepas El Mundo mendakwa kontrak Messi yang ditandatangani pada 2017 -- di mana bakal berakhir hujung musim ini -- bernilai lebih daripada EURO555 juta, Griezmann telah ditanyakan mengenai nilai pemain berusia 33 tahun itu.


"Kami menikmati Messi, dia seorang legenda," kata Griezmann kepada Movistar.

"Kami berharap kami terus menikmatinya dan dia kekal membantu kami menang."