Griezmann cadang bersara di MLS

Ammar Hakim
Jun 6, 2020 03:05 MYT
Antoine Griezmann berhasrat untuk menamatkan kariernya dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) tetapi hanya setelah mencapai objektifnya untuk memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Barcelona.
Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai dengan Barca dari Atletico Madrid tahun lalu dan telah menjalani musim pertama di Camp Nou, dengan menjaringkan lapan gol dalam 26 penampilan liga.
Barca mendahului saingan LaLiga dengan berbaki 11 permainan sementara terikat 1-1 dengan Napoli dalam aksi pertama pusingan 16 UCL.
Griezmann, 29, telah meletakkan sasaran untuk menjuarai dua gelaran tersebut, dan juga membantu pasukan kebangsaannya untuk mengekalkan kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2022, sebelum mempertimbangkan untuk beralih ke Amerika Syarikat.

Appel et finition. Le but quotidien de @AntoGriezmann??? pic.twitter.com/VGe3ENiVIs

— FC Barcelona (depuis ?) (@fcbarcelona_fra) June 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Memenangi LaLiga dan UCL bersama Barca adalah impian dan juga objektif saya," katanya kepada Los Angeles Times.
"Mempertahankan Piala Dunia di Qatar dan selepas itu saya mahu ke MLS."
Griezmann sebelumnya telah mengungkapkan bahawa dia terbuka untuk menyertai kelab David Beckham, Inter Miami, tetapi dia tidak menolak langkah ke mana-mana kelab MLS.
"Saya tidak tahu dengan pasukan mana, tetapi saya benar-benar mahu bermain di sana," katanya.
"Bagi saya, mengakhiri karier saya di Amerika Syarikat adalah hasrat saya dengan berkemungkinan bermain dengan baik dan menjadi sebahagian besar pasukan dan mengejar gelaran di sana."
Griezmann kembali berlatih bersama Barcelona menjelang aksi pertama mereka 13 Jun ini.