Antoine Griezmann dengan bangga memainkan peranannya dalam membantu Barcelona mengejar gelaran LaLiga, walaupun dia terpaksa beraksi di luar posisi terbaiknya.

Pemain kebangsaan Perancis itu meledak dua kali untuk membantu Barca bangkit sebelum menang 2-1 ke atas Villarreal semalam selepas Samuel Chukwueze membuka jaringan di Estadio de la Ceramica.



Dia telah meledak 13 gol dalam sembilan assist dalam semua pertandingan bagi 2021 -- hanya rakan sepasukan, Lionel Messi (32) dan pemain Villarreal, Gerard Moreno (24) memiliki lebih banyak penglibatan jaringan dalam kalangan pemain LaLiga.

Griezmann sekali lagi bergandingan bersama Messi di bahagian serangan bertemu Villarreal, dengan Frenkie de Jong dan Pedri mengawasi bahagian tengah dalam formasi 3-5-2 yang dicorak oleh Ronald Koeman.

Walaupun pemain berusia 30 tahun itu lebih terbiasa menjadi titik fokus dalam serangan ketika bersama Atletico Madrid, dia dengan senang hati mengutamakan pasukan dalam usaha Barcelona untuk mengejar gelaran liga.

"Saya cuba, beraksi di antara pertahanan tengah lawan," katanya. "Saya perlu mencari ruang dan menghasilkan ruang buat rakan sepasukan.

"Ia bukan posisi utama saya, tetapi saya berbangga bersama Barcelona dan bermain bersama rakan sepasukan ini."


"Kami semua mahu memenangi LaLiga. Ada empat pasukan, termasuk Sevilla, yang berusaha mendapatkannya," katanya. "Kami harus berusaha memenangi setiap perlawanan -- itu satu-satunya cara untuk menjadi juara.

"Tidak akan ada jalan mudah tetapi kami memerlukan sekumpulan pemain yang diperlukan untuk mencapainya.

"Atletico mengharungi musim yang luar biasa. Kami berada di belakang mereka dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi juara. Kami hanya perlu memenangi semua perlawanan hingga musim berakhir."