Gol Demarai Gray dalam masa kecederaan menyaksikan Everton merampas kemenangan dramatik 2-1 ke atas Arsenal dan melegakan tekanan ke atas pengendali pasukan, Rafael Benitez.

Martin Odegaard meletakkan Gunners di hadapan sebelum tamat separuh masa pertama di Goodison Park selepas menyumbat masuk hantaran silang Kieran Tierney.

etapi walaupun dua kali dinafikan oleh VAR, Richarlison menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit, sebelum Gray melengkapkan kebangkitan dengan percubaan jarak jauh pada minit kedua masa kecederaan.


Everton menamatkan rentetan lapan perlawanan tanpa kemenangan dengan penuh dramatik ketika mereka kini menghuni tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara Arsenal pula meratapai kekalahan ketiga dalam empat perlawanan.