Tonggak tengah AS Roma, Maxime Gonalons, telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Sevilla melalui kontrak jangka panjang.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai kelab LaLiga berkenaan sehingga 30 Jun tahun depan dan tiba di Sepanyol, Ahad lalu, untuk melengkapkan dokumen.

"Pihak kelab mengesahkan bahawa pemain tengah, Gonalons, telah berhijrah ke Sevilla menerusi pinjaman jangka panjang," kata wakil Roma.

"Selamat maju jaya buat Gonalons!"

Gonalons menyertai Roma daripada Lyon tahun lalu dan melakukan 23 penampilan dalam semua kejohanan.

Perpindahan itu diselesaikan setelah Steven N'zonzi meninggalkan Sevilla untuk menyertai pasukan bimbingan Eusebio Di Francesco itu melalui yuran bernilai EUR30.65 juta (RM144 juta).