Maxime Gonalons percaya penyerang Leicester City, Riyad Mahrez, akan beraksi cemerlang jika menyertai Roma.

Pemain kebangsaan Algeria itu telah menyatakan pada bulan Mei bahawa dia mahukan cabaran baru, tetapi di sebalik khabar angin yang menyatakan Tottenham dan Arsenal sedang cuba mendapatkan khidmat pemain itu, dia terus kekal bersama The Foxes.

Pengurus Leicester, Craig Shakespeare, telah menolak bidaan daripada Roma tetapi naib presiden Leicester, Aiyawatt Srivaddhanaprabha, menafikan bahawa tiada sebarang tawaran buat pemain berusia 26 tahun itu.

Tetapi Gonalons, yang menyertai Roma dari Lyon bulan lepas, menyokong pasukannya untuk terus berusaha mendapatkan khidmat Mahrez.

"Mahrez adalah seorang pemain yang berkualiti dan mampu melakukan banyak perkara jika berhijrah ke Roma," kata Gonalons.

Mahrez beraksi dalam kedua-dua perlawanan Trofi Liga Perdana berdepan West Brom dan Liverpool minggu lalu.

Kapten pasukan, Wes Morgan, masih tidak mengetahui perancangan Mahrez tetapi memuji komitmen yang dipamerkan pemain tersebut.

"Kami telah melihat Mahrez mampu menghasilkan kelainan. Dia memiliki kunci untuk menembusi pertahanan lawan," kata Morgan.

"Buat masa ini, saya melihat dia sebagai pemain Leicester."