Gomes sertai Lille

Ammar Hakim
Ogos 5, 2020 02:37 MYT
Angel Gomes menjelaskan masanya untuk menutup 'kenangan terindah' dalam hidupnya selepas menamatkan hubungannya bersama Manchester United.
Kontrak pemain berusia 19 tahun itu berakhir dan dilaporkan bakal menyertai Lille, walauapun dia bakal dipinjamgkan ke kelab Portugal pasukan Ligue 1 itu bagi musim 2020-21.
Gomes hadir daripada sistem belia United dan dibawa masuk ke dalam skuad senior di bawah kendalian Jose Mourinho pada Mei 2017, hadir sebagai pemain gantian ketika berdepan Crystal Palace.
Bagaimanapun, peluang kian menjadi terhad buat pemain muda kelahiran England itu -- selepas hanya membuat tiga penampilan dalam saingan Liga Europa musim ini -- memilih untuk meneruskan kariernya di tempat lain.
Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan The Red Devils telah gagal untuk mencapai persetujuan baru, Gomes mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan menerusi Instagram semalam.
"Sadly the time has come to end a beautiful chapter that has been my life for 14 years," Gomes wrote to accompany a video montage of his time at United.
Lille masih belum mengesahkan kehadiran pemain itu, walaupun media Perancis mendedahkan Gomes akan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab itu.