Gomes gembira kembali beraksi bersama Everton

Ammar Hakim
Februari 24, 2020 00:21 MYT
Andre Gomes teruja kembali beraksi untuk Everton dan berterima kasih kepada setiap orang mengambil berat terhadap dirinya selepas diketepikan ekoran kecederaan buku lali.
Pemain kelahiran Portugal itu, bekas pemain Barcelona, mengalami kecederaan serius apabila berlaku pelanggar dengan pemain Tottenham, Son Heung-min, November lalu.
Pembedahan terpaksa dilakukan bagi memulihkan dislokasi pada bahagian buku lali dan 112 hari kemudian, Gomes kembali beraksi di Goodison Park bertemu Arsenal semalam bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Hadir sebagai pemain gantian sebelum perlawanan melewati 60 minit menghadirkan corak pemainan yang segar ketika berusaha membantu Everton mengejar permainan ketika ketinggalan 3-2.
Gagal mencari gol penyamaan dan terpaksa meninggalkan Stadium Emirates dengan tangan kosong, tetapi kehadiran Gomes dalam perlawanan melonjak pasukan pelewat.
Pengurus pasukan, Carlo Ancelotti, mengesahkan beliau mahu menurunkan Gomes dalam kesebelasan utama dan dia bakal memulakan perlawanan berdepan Manchester United Ahad hadapan.
"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua orang," kata Gomes.
"Pasukan, penyokong saya -- Evertonians -- serta secara umum, seluruh penyokong bola sepak telah membantu saya mengharungi saat yang sukar.
"Pemain serta bekas pemain turut memberikan sokongan kepada saya.

? | Just 1️⃣1️⃣2️⃣ days since suffering ???? injury, André Gomes comes off the bench for the Blues! #ARSEVE Incredible recovery by an incredible man. So happy for you, @aftgomes! ? pic.twitter.com/Do0wFOspUA

— Everton (@Everton) February 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mahu kembali beraksi secepat mungkin dan lega menerima bantuan sepanjang perjalanan untuk kembali pulih."
#Arsenal #Everton #EPL #Andre Gomes