Henrik Stenson dinamakan sebagai naib kapten kelima dan pemain terakhir Eropah untuk Piala Ryder di Whistling Straits.

Padraig Harrington memilih pengalaman luas pemain Sweden itu untuk melengkapkan pasukan pilihannya sempena bertemu Amerika Syarikat di Wisconsin, Jumaat depan.

Juara The Open 2016 itu telah beraksi dalam kejohanan dwitahunan berprestij berkenaan sebanyak lima kali dengan mengecapi tiga trofi.

Stenson, 45, telah memenangi 11 mata daripada 19 perlawanan Piala Ryder dan berada di kedudukan teratas antara ketiga-tiga mereka dalam edisi terakhir di Le Golf National pada 2018.

"Adalah suatu penghormatan besar untuk dipanggil menyertai Pasukan Eropah. Saya pernah menjadi sebahagian daripada lima edisi Piala Ryder pada masa lalu dan kini diberi kesempatan menggalas peranan sebagai naib kapten untuk membantu Eropah mengekalkan Piala Ryder adalah sesuatu yang menarik," kata Stenson.

"Padraig menelefon saya pada pagi Isnin lalu dan itu bukan satu perbualan yang panjang. Saya dengan pantas menyahut pelawaannya dan saya meyakinkannya bahawa saya akan bersama dengan naib kapten yang lain untuk membantu dan pasukan dengan segala daya.

"Kami mempunyai sebuah pasukan yang sangat mantap. Ini adalah gabungan pemain berpengalaman luas bersama dengan tiga pemain lagi yang akan merebut Piala Ryder pertama mereka dan ia satu gabungan yang hebat. Kami mempunyai kekuatan lebih besar jadi saya tidak sabar-sabar lagi untuk turun beraksi dan melihat persembahan mereka yang lagi.

"Bukan satu rahsia lagi bahawa kemenangan di tempat lebih sukar, tetapi kami sudah bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Semuanya akan bergantung kepada sejauh mana kami beraksi tetapi saya yakin dengan pasukan kami."

Dalam masa sama, Robert Karlsson, Luke Donald, Martin Kaymer dan Graeme McDowell juga dalam senarai naib kapten.