Gol saat akhir Hakimi bantu PSG benam Metz

Muzaffar Musa
September 23, 2021 04:44 MYT
METZ 1 PSG 2
Achraf Hakimi menjaringkan gol kemenangan saat-saat akhir untuk Paris Saint-Germain (PSG) mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dengan membenam Metz 2-1 di gelanggang lawan awal pagi tadi.
Hakimi terlebih dahulu membuka jaringan buat PSG seawal minit kelima tetapi Kiki Kouyate kembali menyamakan kedudukan menerusi gol tandukannya pada minit ke39.
Dengan ketiadaan Lionel Messi, yang mengalami kecederaan lutut, PSG kelihatan kehabisan idea dalam perlawanan itu tetapi insiden layangan kad kuning kedua buat pemain Metz, Dylan Bronn, dalam waktu kecederaan mencetuskan peluang yang dimanfaatkan mereka untuk mendapatkan gol kemenangan.
Ketua jurulatih Metz, Frederic Antonetti, turut diarahkan keluar padang kerana protesnya terhadap layangan kad kuning kedua berkenaan dan tidak lama selepas itu, Hakimi meledak ke penjuru bawah gawang Alexandre Oukidja untuk memberikan pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu kemenangan ketujuh daripada tujuh perlawanan Ligue 1 musim ini.

FULL-TIME! Metz 1-2 @PSG_English @AchrafHakimi with a sensational double including a late winner! #?????? pic.twitter.com/ql0ZyfsKuv

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #PSG #Lionel Messi #Metz #Ligue 1