Olivier Giroud memuji Zlatan Ibrahimovic sebagai inspirasi kepada pemain-pemain di Serie A, manakala meluahkan keterujaan bergandingan bersama penyerang Sweden itu di Milan.

Giroud berhijrah ke Milan dari Chelsea Julai lalu dan membuka akaun jaringan dengan dua gol ke atas Cagliari.

Dengan dua jaringan tersebut, pemain kebangsaan Perancis itu menjadi pemain pertama meledak dua gol dalam perlawanan pertama di laman sendiri buat Rossoneri sejak Mario Balotelli pada Februari 2013.

Bagaimanapun, selepas diuji positif COVID-19, penyerang berusia 34 tahun itu sekadar meraih 224 minit bersama skuad kendalian Stefano Pioli, dengan Rafael Leao dan Ante Rebic mengetuai jentera serangan.

Ibrahimovic merupakan seorang lagi pilihan Milan dan telah meledak satu gol musim ini, walaupun hanya turun beraksi 30 minit dalam saingan Serie A ekoran dihimpit masalah kecederaan.

Dan Giroud tidak sabar bergandingan bersama bekas penyerang Barcelona dan Manchester United itu dan memuji impiak yang diberikan kepada rakan sepasukan serta pemain generasi baru.

"Saya telah bersaing dengan Zlatan beberapa kali," kata Giroud. "Dia masih lagi beraksi pada usia 40 tahun dan ia bermakna dia merupakan seorang pemain yang cukup luar biasa.


"Dia menjaga kondisi badan dengannya baik, dan saya cuba melakukan perkara yang sama bagi memastikan saya dapat terus menikmati bola sepak.

"Saya fikir dia adalah contoh yang baik untuk pemani-pemain muda dan dia adalah salah seorang penyerang terbaik Serie A. Saya tidak sabar untuk bergandingan bersamanya ketika perlawanan serta latihan.

"Saya fikir kami akan menikmati bola sepak dan kami mahu memenangi sesuatu dengan Milan. Dengan Zlatan, ia akan menjadi lebih mudah."