Milan mengambil peluang sepenuhnya atas Napoli yang tercicir mata Ahad lalu ketika Rossoneri mengatasi Torino 1-0 dalam saingan Serie A hasil jaringan awal Olivier Giroud sekaligus kemenangan tersebut meletakkan mereka di puncak liga.

Napoli seri tanpa jaringan dengan Roma hujung minggu lalu bermakna Partenopei mendahului liga atas kelebihan jaringan, tetapi Milan memastikan mereka ke puncak liga.

Jaringan awal Giroud merupakan salah satu daripada peluang terbaik Milan sepanjang perlawanan, dengan pemain kebangsaan Perancis itu menjadi pemain kedua dalam era kemenangan tiga mata untuk menjaringkan gol dalam tiga aksi berturut-turut di laman sendiri buat Milan (selepas Mario Balotelli pada 2013).