Olivier Giroud menyertai Milan dengan yuran perpindahan bernilai EURO2 juta dari Chelsea.

Giroud mengikat kontrak bersama Rossoneri selama dua tahun setelah mereka memenuhi klausa pelepasan pemain.

Chelsea melanjutkan kontrak setahun buat Giroud musim lalu, di mana dia tidak akan dilepaskan secara percuma, tetapi terdapat beberapa rintangan yang hampir menghalang perpindahan tersebut.

Ketika Giroud kurang diberikan peluang dalam kesebelasan utama Chelsea sejak ketibaannya dari Arsenal pada Januari 2018. Dia mendapati sangat sukar untuk diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Pengendali kelahiran Jerman itu menggantikan Frank Lampard penghujung Januari lalu, Giroud sekadar turun tiga kali dalam kesebelasan utama.

Terdahulu, di bawah kendalian Lampard, Giroud memainkan peranan penting selepas rehat tiga bulan ekoran coronavirus, menjaringkan enam gol dalam tujuh penampilan dalam skuad utama.

Kehadiran Timo Werner dan Kai Havertz menyukarkan lagi peluang Giroud untuk membina momentum pada permulaan musim 2020-21 -- jaringan pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terhasil pada bulan Disember, namun dia meledak lima kali dalam saingan Liga Juara-Juara.

Walaupun Giroud tidak beraksi buat Chelsea dalam separuh akhir serta final Liga Juara-Juara (UCL), dia tetap meraih pingat kemenangan dan menuju ke Milan sebagai juara Eropah.