Pertahanan tengah Atletico Madrid, Jose Jimenez, berharap untuk kekal bergandingan dengan Diego Godin bagi tempoh yang lama walaupun pertahanan veteran itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan.

Kontrak Godin akan tamat pada penghujung musim ini dan pertahanan Uruguay itu dikhabarkan bakal menyarung jersi pasukan Serie A, Inter, Julai ini.

Pemain berusia 32 tahun yang menolak untuk menyertai gegasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, awal musim ini, melabelkan Atletico sebagai rumahnya sejak menyertai pasukan itu daripada Villarreal pada 2010.

Bagaimanapun, Gimenez mahu rakan senegaranya itu kekal bersamanya di ibu kota Sepanyol itu.

"Saya banyak berbual dengan rakan sepasukan dan saya mahukan mereka melakukan yang terbaik dalam karier mereka.

"Namun, saya mahukan mereka kekal bersama saya di sini kerana mereka merupakan pemain yang hebat dan kami memerlukan mereka.

"Saya berharap semua pemain akan kekal di sini.

"Secara peribadi, saya sayangkan mereka semua.

"Kelab ini juga menyayangi mereka dan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kesemua pemain," tambahnya.

"Saya berharap Diego akan kekal bergandingan dengan saya untuk tempoh yang lama," katanya.