Marco Giampaolo yakin Pepe Reina mampu menyelamatkan sepakan penalti minit akhir Genoa berdasarkan perwatakan penjaga gol AC Milan itu.

Bekas pengendali Sampdoria, Giampaolo, meraih kemenangan penting dalam usaha mengekalkan jawatan pengurus Milan sambil sepakan penalti Franck Kessie memberikan mereka kemenangan dramatik 2-1, semalam.

Reina yang menggantikan Gianluigi Donnarumma pada saat-saat akhir memberikan sumbangan besar apabila menyelamatkan sepakan penalti Lasse Schone walaupun sebelum itu membiarkan tendangan percuma membuka tirai jaringan.

Kemenangan itu mengurangkan tekanan buat Giampaoli setelah mengalami tiga kekalahan sebelum bertandang ke Stadium Luigi Ferraris itu.

"Saya tetap tenang menuju perlawanan," katanya.

"Saya meragui ia sepakan penalti tetapi Reina memiliki perwatakan yang membuatkan saya percaya dia mampu menyelamatkannya.

"Ia aksi sukar, kami berada di bawah tekanan, jadi saya memuji pemain tidak mencicirkan mata. Saya tidak kisah jika mereka silap melakukan hantaran, apa yang penting adalah reaksi dalam setiap perwatakan.

"Saya mahu kami meneruskan perwatakan ini tetapi jelas sekali perlu lebih tajam serta meningkatkan kualiti bola sepak selepas ini.

"Saya mahu melihat pasukan ini menampilkan bola sepak yang lebih bagus tetapi ia tidak boleh dilakukan kerana mereka berada di bawah tekanan, terdesak mahukan kemenangan.

"Kami perlu mengubah setiap keinginan dan perwatakan. Saya tidak boleh meminta corak bola sepak yang indah kerana kami mempunyai objektif lain."

Giampaolo membuat percaturan berani selepas rehat apabila mengeluarkan Hakan Calhanoglu dan Krzysztof Piatek yang kurang berkesan serta membawa masuk Lucas Paqueta dan Rafael Leao.

Kedua-dua pemain itu menampilkan aksi enam minit yang memukau walaupun Giampaoli melihat kebangkitan itu sebagai usaha satu pasukan.

"Saya sukakan Paqueta, dia masuk dan beraksi dengan baik, begitu juga Leao tetapi mengkritik pemain yang dibawa keluar," tambahnya.

"Saya memberitahu pemain agar tenang dan cuba ubah keadaan. Tidak perlu mengeruhkan keadaan. Setiap penggempur mempunyai perwatakan berbeza tetapi saya tahu Milan perlukan elemen itu.

"Saya tidak akan salahkan sesiapa. Objektif saya mahu libatkan semua pemain."