Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, percaya Alex Oxlade-Chamberlain akan menikmati tahun terbaik dalam kariernya di Anfield.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menyempurnakan perpindahan untuk menyertai skuad kendalian Jurgen Klopp dari Arsenal.

Pemain tengah itu mengakui keputusannya meninggalkan The Gunners adalah kejutan buat penyokong pasukan tetapi mempercayai bahawa dia mampu menjadi pemain yang lebih baik jika beraksi bersama Liverpool.

Dan Gerrard turut menjangkakan Oxlade-Chamberlain bakal berada pada tahap terbaiknya beraksi di Anfield.

"Saya berasakan dia merupakan pemain yang berkualiti. Ia adalah sebab kami mendapatkan khidmatnya," kata Gerrard.

"Saya berasakan dia menambah lagi kekuatan dalam pasukan.

"Dia seorang pemain England dan berusia 24 tahun. Saya percaya tahap terbaiknya akan dibuktikan ketika beraksi untuk Liverpool."