SPEZIA 1 ATALANTA 3

Gian Piero Gasperini tidak pasti adakah dia masih akan berada di Atalanta pada musim depan berikutan perubahan penstrukturan di kelab itu.


Atalanta di tangga kelima Serie A pada akhir Mac lalu tetapi selepas dua kemenangan dalam tujuh perlawanan, mereka tergelincir ke tempat ketujuh -- 10 mata di belakang empat pasukan teratas.

Pencapaian itu hanya cukup untuk tiket ke pusingan play-off Liga Persidangan Europa selepas musim berturut-turut berjuang dalam kancah Liga Juara-Juara (UCL).

Atalanta telah diambil alih oleh sekumpulan pelabur yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada Februari lalu dan Gasperini masih enggan mengesahkan dia hala tujunya pada musim depan.

"Tidak kira diri saya atau pemain, saya sentiasa berharap Atalanta mampu melakukan yang lebih baik lagi, malah lebih daripada yang kami pernah lakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Untuk mula dikenali di seluruh dunia juga merupakan satu kejayaan," katanya kepada Sky Sport Italia selepas 3-1 kemenangan di Spezia.

“Saya menandatangani pembaharuan kontrak pada November lalu tetapi jelas keadaan telah berubah sedikit dan ia bergantung kepada keputusan kelab.

"Kami belum berbincang mengenainya.

"Saya sangat berterima kasih kepada Atalanta kerana saya akan gembira dengan sebarang jalan penyelesaian.

"Jika teruskan kemajuan seperti ini, saya juga akan teruskannya dengan penuh semangat."