Gary Steven Robbat enggan mengambil masa terlalu lama bagi mencorak keserasian bersama pasukan barunya, Melaka United.

Menerusi pendekatannya bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Gary sedar dia sudah melewati pertukaran pasukan selepas hampir sedekad di bawah pengurusan Johor Darul Ta'zim (JDT).




Tujuh tahun bersama Harimau Selatan, Melaka kini jadi persinggahan pemain tengah itu.

Mengakui ia bukan perkara yang sering berlaku dalam kariernya, Gary bimbang andai dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk serasi bersama pasukan baru.

Ini merupakan pasukan ketiga pemain berusia 28 tahun ini itu selepas menabur bakti bersama Harimau Muda dan JDT sebelum ini.

"Saya tidak pernah di bawah tunjuk ajar Zainal Abidin Hassan, saya harap kami (dapat mengetengahkan kemampuan) masing-masing.

"Saya harap tidak ambil masa yang lama (menyesuaikan diri) kerana hendak main dalam Liga Super," katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.





Pada 2018-2019, dia melewati dua pembedahan di bahagian pinggul seterusnya menjalani proses pemulihan sepanjang 2020.

Dia kembali melewati aksi kompetitif bermula musim ini apabila bersama dengan JDT II dalam Liga Perdana.

Demi impian mendapatkan saingan yang lebih besar, Gary memilih Melaka sebagai peluang untuknya membantu Melaka yang kini di zon penyingkiran.