Galtier umum tinggalkan Lille selepas rampas gelaran Ligue 1 daripada PSG

Muzaffar Musa
Mei 26, 2021 05:09 MYT
Cristophe Galtier mengumumkan akan meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Lille selepas membantu pasukan itu meraih gelaran Ligue 1.
Pengendali berusia 54 tahun itu berkata bahawa dia ada berhubung dengan beberapa pasukan Ligue 1 seperti Lyon dan Nice selain kelab Serie A, Napoli.
Galter menyertai Lille pada Disember 2017 selepas lapan tahun mengemudi Saint-Etienne.
"Saya mempunyai perasaan mendalam bahawa waktu saya di sini sudah ke penghujung," katanya kepada L'Equipe.
"Saya sudah membuat keputusan. Saya sudah memaklumkan kepada presiden, Olivier Letang, selepas berbincang dengannya pagi ini bahawa saya akan meninggalkan LOSC.
"Kitaran selama empat tahun ini sudah cukup panjang untuk seorang jurulatih. Saya dapat rasakan bahawa ini adalah masanya untuk saya meninggalkan kelab yang indah ini, kelab yang luar biasa ini," katanya.

????? ??????????????????????? pic.twitter.com/FBTjZ89wxA

— LOSC Lille EN (@LOSC_EN) May 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lille menewaskan Angers 2-1 hujung minggu lalu bagi memastikan mereka menamatkan Ligue 1 musim ini dengan kelebihan satu mata di atas Paris Saint-Germain.
Ia merupakan gelaran liga keempat pasukan itu dalam era profesional dan kali pertama sejak musim 2010-11.
83 mata yang diraih Lille musim ini merupakan yang terbanyak dalam sejarah mereka selepas hanya tewas sebanyak tiga perlawanan liga musim ini.
#bola sepak #PSG #Lille #Ligue 1 #Christophe Galtier