Gallifuoco: KL City sedia uji kemampuan Selangor

Ammar Hakim
Mac 30, 2023 10:29 MYT
Tonggak pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, pula tegas The City Boys sudah siap sedia sepenuhnya untuk berdepan Selangor FC dalam aksi derbi Lembah Klang.
Untuk rekod, selepas empat perlawanan KL City menghuni kedudukan ke-11 liga, hasil daripada tiga keputusan seri serta sekali tewas.
Jelas pertahanan tinggi lampai itu, dia dan rakan sepasukan perlu memberikan tumpuan khusus kepada pemain sayap Red Giants, Faisal Halim yang dilihat mampu jadi duri dalam daging buat skuad warga kota.
"Pasukan dalam motivasi yang terbaik, perlawanan yang sangat penting. Perlawanan bertemu Selangor sentiasa memastikan pasukan menampilkan permainan yang terbaik," katanya.
"Faisal Halim adalah ancaman utama dari Selangor kerana serta mereka turut dibarisi pemain yang berkualiti. Kami perlu menghormati kemampuan lawan namun akan tetap berusaha untuk mendapatkan keputusan yang positif."
Giancarlo atau lebih mesra disapa 'Gg' turut mengakui kehadiran bekas penjaring terbanyak Selangor musim lalu, Herlison Caion mampu menjadi rahsia ampuh buat skuad kendalian Bojan Hodak dalam misi buru kemenangan sulung Liga Super 2023.
"Caion ketika ini menampilkan perkembangan yang lebih baik. Dia mula menemui sentuhan dan saya berasakan dia mampu menghukum lawan jika diberikan peluang."

Caion is bound to face his former team! We caught up with Caion on what it's like to be on the other side (Read: Winning Side) of the Klang Valley derby this time! ?#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/bPqCzrXFcb

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) March 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #Selangor #KL City #DemiLigaKita