Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mengatakan tiada pemain selain Cristiano Ronaldo yang berhak untuk memenangi anugerah Ballon d'Or bagi tahun ini.

Ronaldo memberikan impak besar apabila dua gol jaringannya membantu Madrid menewaskan Juventus 4-1 untuk mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah milik skuad Los Blancos.

Perez percaya Ronaldo akan menyamai rekod pemenang lima kali Ballon d'Or, Lionel Messi, selepas memenangi anugerah itu pada 2008, 2013, 2014 dan 2016.

“Tiada siapa yang layak melainkan Ronaldo,” kata Perez.

Dalam perlawanan menentang juara Serie A itu di Cardiff, Marco Asensio dan Casemiro turut berjaya meletakkan nama dalam senarai penjaring gol untuk memadamkan gol tunggal sepakan voli lawan menerusi Mario Mandzukic.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakannnya, tetapi saya sangat gembira untuk semua pemain, jurulatih dan juga penyokong-penyokong Madrd,” tambah Perez.