Flick: Bayern tidak sabar turun beraksi dalam saingan UCL

Ammar Hakim
Februari 23, 2021 02:39 MYT
Hansi Flick menjangkakan Bayern Munich teruja untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan menegaskan dia tidak membuat sebarang alasan di sebalik penurunan prestasi pasukannya.
Bayern sekadar seri 3-3 dengan Arminia Bielefeld dan tewas 2-1 kepada Eintracht Frankfurt dalam dua perlawanan terdahulu.
Keputusan itu menyaksikan kelebihan dalam saingan Bundesliga sekadar dua mata, dengan RB Leipzig dalam misi mengejar mereka.
Bayern akan turun dalam saingan Eropah bertemu Lazio dalam aksi pusingan 16 di Rom, perlawanan yang menjadi keutamaan pasukan.
"Saya bukan seseorang yang mahu mencari alasan. Kami bermain dengan kurang baik dalam separuh masa pertama bertemu Bielefeld dan Frankfurt. Kami telah menghadapi banyak perlawanan, tetapi pasukan lain juga sama," kata Flick.
"Kami perlu berada di puncak prestasi bagi saingan UCL. Ia perlawanan istimewa bagi kami dan saya menjangkakan pasukan sangat bermotivasi tinggi.
"Kami sudah memiliki idea untuk cara kami bermain nanti."

? Hansi #Flick on @leongoretzka_: "You can't take it for granted coming back from an illness like that. We hope he can perform like he did in his 45 minutes against Frankfurt. He's good for our game." #LAZFCB #UCL pic.twitter.com/6Ysmff7ToB

— ???FC Bayern English??? (@FCBayernEN) February 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah satu perkara positif boleh diambil di sebalik prestasi mengecewakan adalah Bayern akan kembali diperkuatkan khidmat pemain tengah Leon Goretzka, yang pulih daripada kecederaan sebelum ini.
"Dia akan diturunkan dalam kesebelasan utama," jelas Flick mengenai Goretzka.
"Kami akan menilai permainannya, dia sangat penting dalam permainan kami."
#Bayern München #Lazio #Leon Goretzka #Bayern Munich #UCL #Hans-Dieter Flick