Presiden Flamengo, Rodolfo Landim, mengesahkan 10 mangsa terkorban dalam insiden kebakaran pusat latihan kelab itu yang dilabel sebagai "tragedi terbesar" sepanjang sejarah 123 tahun mereka.

Kebakaran itu berlaku pada awal pagi semalam di pusat latihan Urubu's Nest yang turut menyediakan penginapan buat beberapa pemain muda kelab berkenaan.

Laporan tempatan menyatakan 10 mangsa dikhuatiri terkorban ketika ketua jabatan bomba, Douglas Henaut, mengesahkan kejadian itu berlaku di tempat penginapan.

Landim mengadakan sidang media bagi mengesahkan 10 mangsa terkorban dan berjanji akan terus memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang masih belum dikenal pasti.

"Saya meminta maaf kerana membuatkan anda semua (media) tertunggu-tunggu.

"Saya terlibat dalam beberapa keadaan kecemasan susulan insiden ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa kami sememangnya cemas dengan keadaan ini.

"Ia merupakan tregedi terburuk sepanjang sejarah 123 tahun kelab ini yang mengorbankan 10 mangsa.

"Apa yang penting kini adalah kami perlu berusaha untuk mengurangkan penderitaan keluarga mangsa yang terjejas disebabkan kebakaran ini.

"Flamengo sedang berusaha untuk memastikan penderitaan yang dialami mereka dapat dikurangkan ke tahap minimum.

"Kami pihak yang paling perlu untuk mengetahui punca sebenar kebakaran itu terjadi.

"Kami memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca kebakaran tersebut.

"Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa kelab ini sedang berkabung.

"Ia merupakan kesedihan terbesar buat kami.

"Tidak mudah untuk bercakap mengenainya hari ini," katanya.