Firpo: Barcelona perlukan seribu peluang untuk ledak jaringan

Ammar Hakim
Disember 30, 2020 04:34 MYT
Lionel Messi menyaksikan Barcelona sekali lagi kehilangan mata kepada Eibar dalam saingan LaLiga dan Junior Firpo menyalahkan kekurangan pasukan ketika melakukan serangan.
Barca ketinggalan tujuh mata di belakang Atletico Madrid dan juara bertahan, Real Madrid di puncak LaLiga, berikutan seri 1-1.
Skuad kendalian Ronald Koeman itu meratapi dua keputusan seri berturut-turut di Camp Nou selepas penyerang Eibar, Kike menggunakan peluang atas kesilapan Ronald Araujo sebelum pemain gantian, Ousmane Dembele meledak gol penyamaan buat tuan rumah.
Dengan kapten pasukan, Messi, diketepikan ekoran kecederaan buku lalu, Martin Braithwaite terlepas peluang menerusi sepakan penalti selepas Barca melepaskan 16 percubaan, lima menepati sasaran, ketika berdepan pasukan bawahan LaLiga itu.
"Kami memerlukan seribu peluang untuk jaringkan gol," kata Junior.
"Mereka [Eibar] memiliki satu peluang dan menjaringkan gol."
Junior berkata lagi, "Ini adalah apa yang perlu dilalui musim ini.
"Perlawanan yang sukar dan kami berdepan tugas yang menggunung."

So close ... pic.twitter.com/k40De4fLic

— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barcelona #Real Madrid #Lionel Messi #Ronald Koeman #Eibar #La Liga #Junior Firpo