Final UCL: Tuchel positif dengan tahap kecergasan Kante, Mendy

Muzaffar Musa
Mei 25, 2021 03:01 MYT
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, bersikap positif terhadap tahap kecergasan N'Golo Kante dan Edouard Mendy mennjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City hujung minggu ini.
Pemain tengah, Kante, diketepikan ketika pasukan itu tewas 1-2 kepada Aston Villa hujung minggu lalu, di mana skuad The Blues berkenaan mengesahkan tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kemenangan Tottenham ke atas Leicester City.
Penjaga gol, Mendy, pula terpaksa dikeluarkan di Villa Park selepas mengalami kecederaan rusuk dan ia menimbulkan tanda tanya sama ada pemain itu dapat diturunkan bagi penentuan terakhir itu di Porto.
Bagaimanapun, Tuchel tidak kelihatan bimbang dengan kecederaan kedua-dua pemain berkenaan dan bersedia untuk memberikan Kante dan Mendy masa untuk pulih sebelum menentukan mengenai penglibatan mereka.
"Situasinya tidak berubah buat N'Golo dan kami masih menunggu tetapi ia kelihatan baik dan dia akan kembali menjalani latihan Rabu ini.
"Saya berfikir tentang mengubah taktik saya ketika ini, berhentilah bertanya mengenai N'Golo. Saya hanya akan menurunkannya di padang latihan Rabu ini dan jangan tanya apa-apa lagi mengenainya. Jika terdapat sebarang masalah, kami hanya akan menurunkannya di padang latihan dan menurunkannya di atas padang pada hari perlawanan hujung minggu ini.
"Mungkin saya tidak akan bercakap dengan doktor dan ahli fisioterapi, jadi saya tidak mendengar mengenai keraguan dan rungutan atau apa-apa. Mungkin saya perlu memikirkan mengenai taktikal. Ia kelihatan baik dan saya berharap ia akan kekal seperti ini.

13 - N'Golo Kanté recovered possession of the ball 13 times last night against Atlético Madrid, the most ball recoveries by a Chelsea player in a Champions League match since N'Golo Kanté's 13 against Barcelona in February 2018. Omnipresent. pic.twitter.com/RQkmGT1fxj

— OptaJoe (@OptaJoe) March 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"(Mendy) menunjukkan peningkatan besar dalam pengurusan kesakitannya sejak kecederaan itu berlaku, di mana ia bagus tetapi sudah pasti dia memerlukan perkembangan lebih lanjut Rabu ini. Kami berharap dia akan kembali.
"Edou akan bermain jika dia cergas. Dan jika dia tidak cergas Rabu ini, kami akan mencubanya Khamis ini dan jika tidak, kami akan mencuba lagi Jumaat ini. Kami akan bertimbang rasa dan bertanggungjawab dalam menentukan keputusan ini.
"Pada masa sama, kami percaya jika dia tidak dapat diturunkan, kami masih mempuyai seseorang yang hebat seperti Kepa (Arrizabalaga) dari bangku pemain simpanan untuk mengambil alih tempatnya.
"Jadi, perebutannya masih terbuka. Kami gembira apabila gambarannya menunjukkan bahawa kecederaannya tidak terlalu serius. Jadi kami positif.
"Tetapi setiap jam dan setiap hari perlu dikira. Harap-harap pasukan ini dan Edou sendiri dapat melakukan yang terbaik untuk dia dapat diturunkan. Ia akan menjadi pemangkin yang baik buat kami," katanya.

9 - Édouard Mendy has kept 8 clean sheets in 11 Champions League games this season. No goalkeeper has ever kept nine in their debut campaign in the competition. Aim.@OptaAnalyst sat down with Mendy to discuss the data underpinning his great first season at @ChelseaFC. ⬇️ #CFC

— OptaJoe (@OptaJoe) May 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Manchester City #Thomas Tuchel #N'Golo Kante #Liga Juara-Juara Eropah #Edouard Mendy