FIFA, UEFA kutuk insiden tembakan di badan induk Turki

Shaiful Shamsudin
September 3, 2022 03:00 MYT
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk "perbuatan ngeri" selepas tembakan dilepaskan di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Turki, awal pagi tadi.
Laporan dari Turki menunjukkan 11 das tembakan dilepaskan ke arah bangunan di Istanbul ketika ahli lembaga badan itu mengadakan mesyuarat di dalamnya, mujur tiada siapa yang tercedera.
Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, berkata dua suspek ditahan sejurus kejadian itu berlaku dan menyifatkan mereka sebagai "mabuk", tetapi siasatan masih diteruskan.
Badan induk bola sepak FIFA dan UEFA mengecam tindakan itu sambil menyatakan kelegaan kerana tiada kecederaan yang dialami.
“Satu tindakan keganasan senjata api yang mengerikan terhadap rakyat dan harta benda Persatuan Bola Sepak Turki (TFF) telah berlaku di ibu pejabat TFF di Istanbul,” kata kenyataan itu.

FIFA lifts suspension of All India Football Federation More here ? https://t.co/GV7VBP7TC9 pic.twitter.com/tfGdy9UrnK

— FIFA Media (@fifamedia) August 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Walaupun kami berasa lega kerana perbuatan ini tidak mengakibatkan kecederaan, kami kesal kerana masih ada orang yang mampu melakukan jenayah sedemikian tanpa menghormati nyawa atau keselamatan manusia.
"FIFA dan UEFA bersama-sama mengutuk tindakan ganas ini dan menyatakan sokongan penuh kami kepada TFF dan kakitangannya dalam tempoh sukar ini. Keganasan adalah penyakit yang tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk."
Bekas pemain antarabangsa Bayern Munich, Real Madrid dan Turki, Hamit Altintop, yang kini merupakan salah seorang pemimpin TFF turut berada di dalam bangunan ketika kejadian.
“Kami meniarap ke lantai sebaik mendengar tembakan,” katanya kepada akhbar harian, Milliyet.
#FIFA #UEFA