Fernandes tukar nombor jersi Manchester United

Shaiful Shamsudin
Julai 7, 2022 23:29 MYT
Bruno Fernandes memilih menyarung jersi nombor lapan bersama Manchester United musim ini sementara tonggak baru, Tyrell Malacia, mengambil nombor 12 di Old Trafford.
Fernandes sebelum ini memakai jersi nombor 18 untuk The Red Devils sejak dibeli daripada Sporting CP pada Januari 2020, kemudian menjaringkan 50 gol dalam 126 penampilan.
Tetapi musim ini pemain antarabangsa Portugal itu memilih untuk beralih ke nombor kegemarannya -- memiliki tatu angka tersebut di lengan kanannya -- selepas ia dikosongkan oleh Juan Mata yang tamat kontraknya di penghujung musim lalu.
Fernandes akan memakai nombor baru itu buat pertama kali ketika jelajah pra-musim mereka di Thailand dan mereka akan bertolak hari ini.

It was meant to be... ?? Introducing our new number 8️⃣: @B_Fernandes8! ?#MUFC pic.twitter.com/ogkg96WgL8

— Manchester United (@ManUtd) July 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain tengah tersebut muncul pemain keenam yang memilih nombor itu di Old Trafford sejak pengenalan nombor skuad pada 1993-94, selepas Paul Ince, Nicky Butt, Wayne Rooney, Anderson dan Mata.
Sementara itu, Malacia akan memakai nombor 12 berikutan ketibaannya dari Feyenoord.
Pertahanan kiri itu bersetuju menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dengan kontrak empat tahun minggu ini selepas menjadi pemain pertama dipancing Erik ten Hag.
#EPL #Liga Perdana Inggeris