MANCHESTER UNITED 5 LEEDS UNITED 1

Bruno Fernandes menjaringkan hatrik pertamanya bersama Manchester United manakala Paul Pogba pula menghasilkan empat bantuan gol untuk The Red Devils memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Leeds United sebentar tadi.

Dengan penyokong di Old Trafford meraikan pengenalan Raphael Varane di gelanggang itu sebelum perlawanan di mulakan, kepulangan mereka ke tempat duduk penonton dilayani dengan aksi menyerang penuh gemilang di atas padang.

Fernandes dan Pogba -- yang turut dibantu kerapuhan pertahanan Leeds -- mengetuai kemenangan besar itu, di mana Fernandes memanfaatkan hantaran kreatif Pogba untuk membuka jaringan pada setengah jam pertama.

Pogba kemudan melakukan dua lagi hantaran gemilang dalam membantu gol Mason Greenwood dan Fernandes untuk meletakkan United kian selesa dalam babak kedua, tidak lama selepas Luke Ayling menyamakan kedudukan.

Dan selepas Fernandes melengkapkan hatriknya pada minit ke-60, perancang Perancis itu mencetuskan pula jaringan terakhir yang disudah Fred pada minit ke-68.

Perlawanan itu juga turut menyaksikan Jadon Sancho melakukan penampilan pertamanya buat United dengan menggantikan Pogba, yang menerima tepukan gemuruh sebelum meninggalkan padang.