Rio Ferdinand berharap Manchester United dapat menyempurnakan tawaran sensasi untuk membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford.

Masa depan Ronaldo di Real Madrid dilihat menjadi lebih jelas selepas menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga pada awal bulan ini, dengan pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan dua gol untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Juventus.

Bagaimanapun, selepas terpalit dengan dakwaan penipuan cukai, masa depannya kembali menjadi persoalan dan United kini dilihat sebagai destinasi terbaik untuk Ronaldo jika sudah tidak mahu beraksi di Sepanyol.

Ferdinand, yang beraksi bersama Ronaldo di United selama enam musim, berharap bekas pasukannya mampu mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemenang empat kali Ballon d'Or itu.

"Saya berharap (Ronaldo kembali ke United)," kata Ferdinand.

"Saya seorang penyokong United, saya mahu melihatnya bersama United semula.

"Tetapi adakah dia akan meninggalkan Real Madrid? Saya tidak tahu."